“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lainnya).”
(HR. Ahmad, Thabrani, dan Daruqutni)

Servis Edit di Shopee

Servis Edit Gambar di Shopee

Antara servis grafik yang saya sediakan ialah melakukan editing gambar. Editing yang saya lakukan adalah menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom. Bagi memastikan servis editing ini lebih terdedah, saya telah berdaftar sebagai Shopee Seller dan menawarkan servis editing ini melalui platform tersebut.

#1 – Servis Buang Background Gambar

Salah satu servis editing yang saya tawarkan di Shopee ialah menukar / membuang latar belakang (background) pada gambar.

Servis Buang Background Gambar

Pada gambar yang ringkas dengan kontras yang baik, background pada gambar boleh dibuang dengan mudah menggunakan servis percuma seperti RemoveBG, namun pada gambar yang kompleks, hasilnya tidak akan begitu memuaskan. Saya menggunakan Adobe Photoshop untuk menyiapkan tempahan bagi servis ini.

#2 – Servis Retouching Gambar Kabur, Gelap dll

Saya juga menawarkan servis edit gambar yang kabur ataupun gelap menjadi lebih terang dan ‘sharp’ dengan cara mengubahsuai nilai-nilai pada brightness, contras, exposure, saturation dan lain-lain. 

Servis Retouching Gambar Kabur, Gelap dll

Kebanyakan telefon pintar telah mempunyai aplikasi terbina untuk membuat editing sebegini namun kadangkala hasilnya tidak seperti yang diinginkan dan tidak seperti menggunakan perisian profesional seperti Adobe Lightroom.

Saya akan menambahkan servis-servis lain dari semasa ke semasa. Sementara itu, saya amat berbesar hati jika tuan-tuan sudi untuk follow Shopee Shop A+ Resources.

Terima kasih!


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *